Sunday, January 26, 2014

Demi Ayah Dan Ibuku, Siapakah Engkau?





Sayidina Anas radiallahu 'anhu mengatakan bahawa salah seorang sahabat Rasulullah SAW daripada kalangan Ansar yang bernama Abu Mu'allaq bekerja sebagai pedagang yang menjual barang dagangan baik miliknya sendiri mahupun milik  orang lain yang mempercayainya. Beliau berniaga dari suatu tempat ke tempat yang lain. Beliau terkenal sebagai seorang ahli ibadah dan sangat warak.

                 

           Suatu ketika, seorang pencuri berusaha mencuri harta beliau dengan menggunakan senjata tajam. Dengan suara keras pencuri itu berkata, "Serahkan apa yang kamu miliki. Jika tidak, aku akan membunuhmu!"
            Abu mu'allaq menjawab, bukankah yang kau inginkan ialah hartaku? jadi kenapa kamu ingin membunuhku?"
            Pencuri itu berkata, "Harta yang kamu milki sudah pasti akan menjadi milikku, sekarang aku juga menginginkan nyawamu."
            Sebelum pencuri itu meneruskan niatnya untuk membunuh, Abu Mu'allaq meminta waktu untuk melaksanakan solat empat rakaat. Pencuri itu mengizinkan beliau solat. Kemudian, abu Muallaq mengambil air wuduk dan solat empat rakaat



Dalam sujud terakhir, beliau berdoa kepada Allah SWT dengan doa berikut,
"Ya Allah SWT yang Maha Pengasih, yang memiliki Arasy yang mulia, yang mampu mewujudkan segala keninginan-Nya, aku memohon dengan Kemuliaan-Mu yang tidak pernah pudar, dengan kepunyaan-Mu yang tidak pernah berakhir, dengan cahaya-Mu yang memenuhi penjara Arasy, lindungilah aku daripada kejahatan pencuri ini, wahai yang Maha Menolong, berikanlah pertolongan kepadaku,"

Yaa Waduud, Yaa dzal ‘arsyil majiid, Yaa fa’aalul lima yuriid, As-aluka bi’izzatika laa turaam, wa mulkikal ladzii laa yudlaam, wa binuurikal ladzii mala-a arkaana ‘arsyika, Antakfiyanii syarra hadza (sebutkan yang mengancam anda), Yaa mughiits aghitsnii… Yaa mughiits aghitsnii… Yaa mughiits aghitsnii…


Beliau memmbaca doa tersebut sebanyak tiga kali, tiba tiba datanglah seorang penunggang kuda yang membawa lembing yang terhunus diletakkan di antara dua telinga kudanya. Kemudian, penunggang kuda tersebut mendatangi pencuri itu lalu ia menikam dan membunuhnya. Selepas itu, ia mengadap Abu Mu'allaq sambil berkata, "bangunlah tuan."

         Abu Mu'allaq bertanya, "Demi ayah dan ibuku, siapakah gerangan kamu? Sungguh, Allah SWT telah menolongku dengan mengirimkan kamu."


        Ia menjawab, " Sesungguhnya akau adalah antara malaikat penghuni langit yang keempat, Ketika kamu berdoa kali pertama, aku mendengar pintu-pintu langit berbunyi. Kemudian ketika kamu berdoa kali kedua, aku mendengar riuh-rendah para penghuni langit. Semasa kamu berdoa kali ketiga, maka disampaikan kepadaku bahawa itu ialah doa seseorang yang sedang dilanda kesusahan. Aku meminta kepada Allah SWT agar diberi kesempatan untuk membunuh pencuri tersebut."

        Anas berkata, "Ketahuilah bahawa sesiapa pun yang berwuduk kemudian solat empat rakaat dan berdoa dengan doa ini, maka permintaannya akan diperkenankan baik dalam kesempitan atau pun dalam keadaan lapang." 

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 Menuju Cahaya Kebenaran Islam All Right Reserved
Designed by Amirun Nizar.